Sentuh sendiri kayunya
Rasa berat almari jati, licin kulit sofa, kukuh sambungan katil. Kualiti macam ni gambar tak boleh tunjuk.
Kayu solid jati, oak, nyatuh & pine — dipilih satu persatu dan dibawa terus dari Singapura. Gambar saja tak cukup untuk rasa kualitinya. Jemput singgah kedai, tengok, sentuh dan duduk sendiri.

Perabot recond Singapura ni lain macam — kayu tebal, buatan kemas, tahan sampai ke anak cucu. Tapi kualitinya susah nak nampak dalam telefon. Ini sebabnya:
Rasa berat almari jati, licin kulit sofa, kukuh sambungan katil. Kualiti macam ni gambar tak boleh tunjuk.
Barang baru selalu masuk dari Singapura. Yang cantik-cantik biasanya laku dulu sebelum sempat naik Facebook — siapa datang awal, dia dapat.
Duduk dulu, berbual dulu. Beritahu kami saiz ruang rumah dan bajet anda — kita cari sama-sama perabot yang sesuai. Harga pun boleh bincang depan-depan.
Ambil sendiri di kedai (kami tolong angkat masuk kereta), atau beri alamat — kami hantar sampai ke rumah.
Sebahagian kecil dari yang ada di kedai. Tekan butang anak panah untuk tanya stok terus di WhatsApp.
Stok sentiasa bertukar. Barang dalam gambar mungkin sudah laku — WhatsApp kami dulu, atau datang terus tengok apa yang baru masuk.
Perabot yang anda beli di Jati Perabot boleh kami cat semula ikut warna pilihan anda, tukar engsel baru, tombol baru dan varnish baru. Kayu solid Singapura, rupa ikut citarasa anda. Macam katil bujang kayu solid yang kami cat pink & putih tu — ramai yang suka.
Tanya Servis di WhatsAppDatang tengok, pilih almari, katil, meja atau kerusi yang anda berkenan.
Warna cat, engsel baru, tombol, laci — apa saja yang anda mahu, beritahu saja.
Gosok, baiki, cat dan pasang engsel baru sampai kemas macam baru keluar kilang.
Bila siap, anda boleh ambil sendiri atau kami hantar terus ke rumah.
Di Kampung Kubang Terap, Jalan Pulau Musang — cari papan tanda kuning besar JATI PERABOT. Tekan pin kayu di atas peta, Google Maps terus tunjuk jalan dari lokasi anda sekarang.
“The quality and service are superb.”
Beli sofa kulit, perabot jati & macam-macam lagi — puji kualiti, servis, dan kejujuran tauke.
Elsa Nazeera · Ulasan Google
orang recommend kat Facebook
Purata 4.1 ★ dari 68 ulasan Google · kedai milik wanita
Buka setiap hari, 9 pagi hingga 7 malam. Bawa ukuran ruang rumah anda, kami bantu carikan yang sesuai.