01Koleksi 02Tukar Baru 03Lokasi Kedai 04Ulasan 05WhatsApp Kami
Perabot Recond Singapura · Kuala Terengganu

Perabot Singapura yang molek, harga berbaloi.

Kayu solid jati, oak, nyatuh & pine — dipilih satu persatu dan dibawa terus dari Singapura. Gambar saja tak cukup untuk rasa kualitinya. Jemput singgah kedai, tengok, sentuh dan duduk sendiri.

4.1 ★68 ulasan Google
9.4KPengikut Facebook
9–7Buka setiap hari
Depan kedai Jati Perabot Recond dengan almari kayu dan perabot di luar
Cat warna baruIkut citarasa anda
Kampung Kubang TerapJln Pulau Musang, K. Terengganu
Kenapa kena datang kedai?

Perabot ni kena rasa,
bukan skrol saja.

Perabot recond Singapura ni lain macam — kayu tebal, buatan kemas, tahan sampai ke anak cucu. Tapi kualitinya susah nak nampak dalam telefon. Ini sebabnya:

Sentuh sendiri kayunya

Rasa berat almari jati, licin kulit sofa, kukuh sambungan katil. Kualiti macam ni gambar tak boleh tunjuk.

Stok baru sokmo

Barang baru selalu masuk dari Singapura. Yang cantik-cantik biasanya laku dulu sebelum sempat naik Facebook — siapa datang awal, dia dapat.

JatiOakNyatuhPineKulit asli

Berbincang dulu

Duduk dulu, berbual dulu. Beritahu kami saiz ruang rumah dan bajet anda — kita cari sama-sama perabot yang sesuai. Harga pun boleh bincang depan-depan.

Ambil atau hantar

Ambil sendiri di kedai (kami tolong angkat masuk kereta), atau beri alamat — kami hantar sampai ke rumah.

Koleksi dalam kedai

Pilih perabot anda.

Sebahagian kecil dari yang ada di kedai. Tekan butang anak panah untuk tanya stok terus di WhatsApp.

Sofa kulit L-shape hitam di depan kedai
Sofa Kulit L-ShapeKulit asli · muat satu keluarga
Almari hiasan putih dengan pintu kaca
Almari Hiasan PutihPintu kaca · banyak laci
Kerusi panjang kayu jati
Kerusi Panjang JatiKayu solid · tahan lasak
Katil kayu solid saiz queen
Katil Kayu QueenSingle · Queen · King
Sofa kulit warna krim tiga tempat duduk
Sofa Kulit Krim3 tempat duduk
Meja makan kayu bujur dengan kerusi
Meja Makan BujurSet dengan kerusi
Kepala katil kayu berukir gaya antik
Kepala Katil UkirGaya antik · kayu tebal
Deretan meja dan kerusi kayu lama di dalam kedai
Meja & Kerusi Kayu LamaSesuai untuk kedai makan, kafe, bekwoh
Set kerusi kayu gelap dan almari di luar kedai
Set Kerusi KayuAlmari gobok baju pun ada
Sofa kulit hitam dengan chaise di depan papan tanda Jati Perabot
Sofa Kulit ChaiseKulit hitam · moden

Stok sentiasa bertukar. Barang dalam gambar mungkin sudah laku — WhatsApp kami dulu, atau datang terus tengok apa yang baru masuk.

Servis Tukar Baru

Beli lama,
bawa balik macam baru.

Perabot yang anda beli di Jati Perabot boleh kami cat semula ikut warna pilihan anda, tukar engsel baru, tombol baru dan varnish baru. Kayu solid Singapura, rupa ikut citarasa anda. Macam katil bujang kayu solid yang kami cat pink & putih tu — ramai yang suka.

Tanya Servis di WhatsApp
  1. 01

    Pilih perabot di kedai

    Datang tengok, pilih almari, katil, meja atau kerusi yang anda berkenan.

  2. 02

    Pilih warna & kelengkapan

    Warna cat, engsel baru, tombol, laci — apa saja yang anda mahu, beritahu saja.

  3. 03

    Tukang kami siapkan

    Gosok, baiki, cat dan pasang engsel baru sampai kemas macam baru keluar kilang.

  4. 04

    Ambil atau kami hantar

    Bila siap, anda boleh ambil sendiri atau kami hantar terus ke rumah.

Lokasi kedai

Tekan kedai kami,
Google Maps tunjuk jalan.

Di Kampung Kubang Terap, Jalan Pulau Musang — cari papan tanda kuning besar JATI PERABOT. Tekan pin kayu di atas peta, Google Maps terus tunjuk jalan dari lokasi anda sekarang.

Tekan pin JP untuk mula navigasi
Kata pelanggan

Ramai dah datang,
ramai puas hati.

★★★★★
“The quality and service are superb.”

Beli sofa kulit, perabot jati & macam-macam lagi — puji kualiti, servis, dan kejujuran tauke.

Elsa Nazeera · Ulasan Google

100%

orang recommend kat Facebook

Purata 4.1 ★ dari 68 ulasan Google · kedai milik wanita

Jemput singgah

Jumpa di kedai deh!

Buka setiap hari, 9 pagi hingga 7 malam. Bawa ukuran ruang rumah anda, kami bantu carikan yang sesuai.

Tanye Stok